Selamat Datang

Selamat datang ke laman web rasmi syarikat Mawardee Enterprise (001787289-x). Syarikat yang kini semakin aktif menganjurkan pelbagai program workshop dan seminar berkenaan kemahiran IT dan perniagaan berasaskan sosial media, semakin maju melangkah kerana kini telah melahirkan ribuan graduan program kami sejak 2008.

Pelbagai Program Disediakan Untuk Tahun 2011

Jangan ketinggalan menyertai pelbagai program yang kami sediakan bagi memastikan lebih ramai individu dan organisasi yang berjaya mengembangkan perniagaan dengan kemahiran IT, internet, sosial media dan pemasaran dengan lebih agresif dan berkesan.

Dengan 3 tahun pengalaman dalam bidang IT dan pemasaran internet, syarikat Mawardee Enterprise yakin mampu melahirkan lebih ramai usahawan mahupun ahli perniagaan yang berjaya menembusi hingga ke peringkat seluruh negara mahupun ke luar negara.

Sertai kami dalam program demi program yang kami anjurkan sebagaimana berikut:

Workshop Asas Web

Bengkel khas yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang mahir. Akan membimbing para peserta dengan pelbagai kemahiran menyiapkan laman web sendiri, samada untuk persendirian mahupun untuk laman web korporat. Merangkumi 11 modul penting sehingga mereka boleh menyelenggara sendiri laman web tanpa masalah lagi.

Yuran peserta : RM 199

Workshop Asas Perniagaan di Internet

Bengkel ekslusif yang akan dikendalikan oleh ahli perniagaan sebenar, yang menggunakan medium internet sebagai tempat untuk mengembangkan perniagaan, serta individu-individu yang berjaya menjual pelbagai barangan seperti tudung muslimah, kain batik, baju raya mahupun lain-lain barangan yang sesuai. Dengan 12 modul yang disediakan, kami pasti ramai akan berjaya menjalankan perniagaan sendiri dari rumah, dengan kemahiran IT dan pemasaran yang sebenar, serta mengelakkan sebarang skim cepat kaya dan menghindari skim pramid yang mengarut. Sesuai untuk mereka yang ingin menjual barangan di internet.

Yuran peserta : RM 499.

Workshop Asas Photoshop

Bengkel yang akan dikendalikan oleh pakar grafik Photoshop, akan mengajar para peserta tentang asas-asas menggunakan Adobe Photoshop dalam menghasilkan design yang professional, samada untuk tujuan printing mahupun untuk tujuan web.

Yuran peserta : RM 199

Ingin menempah tempat ke salah satu workshop di atas? Sila hubungi saudara Matin, 013-3412176, atau terus email ke : mawardee.enterprise@gmail.com


© 2012 Mawardee Enterprise - Menerajui Pembangunan Kemahiran & Perniagaan Berasaskan IT. Dikuasakan oleh Mininiaga